Selasa, 9 Februari 2010

Nukilan kotak fikir

Berbicara tentang bahasa khususnya bahasa kebangsaan kita adalah sesuatu yang dianggap remeh, namun apakah keremehan pembicaraan mengenai hal ini tidak mampu membantu untuk menyadarkan masyarakat kita yang kelihatannya sudah lamah goyah dan berasa tidak yakin dengan bahasa ibunda?.Masyarakat kita sepertinya lena dibuai mimpi-mimpi barat yang mendewakan bahasa asing. Bahasa Melayu dilabelkan sebagai bahasa yang tidak berkualiti, bahasa label-labelan, bahasa rendah, bahasa ‘kampung’ dan bahasa dalam legitimasi perlembagaan. Kenapakah anggapan-anggapan terhadap kebolehan bahasa Melayu dipertikaikan oleh sebilangan masyarakat kita? Kenapakah masyarakat kita seringkali membuat asumsi yang karut marut tentang bahasa kita, bahawa bahasa Melayu tidak boleh dijadikan sebagai bahasa untuk perniagaan, teknologi, ekonomi dan sebagainya? Walhal, sejarah telah membuktikan bahawa tidak ada sebuah negara pun di dunia ini mampu memajukan negaranya dengan menggunakan bahasa bukan bahasa kebangsaan mereka. Jerman dan Perancis telah maju dengan kuasa bahasa mereka sendiri. Mereka pada mulanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pentadbiran mereka, namun dengan kesedaran berbangsa, mereka enggan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pentadbiran negara mereka. Di samping itu, India, Bangladesh, Filipina dan juga negara-negara Afrika menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pentadbiran negara mereka. Apa telah terjadi kepada mereka?mundur!!. Justeru, kenapa masyarakat kita masih tidak percaya dengan bahasa kita?kenapa bahasa Inggeris juga diagungkan. Ramai (kebanyakan) daripada masyarakat kita berasa bangga dengan kebolehan berbahasa Inggeris. “anakku belajar di England”, “anakku belajar di Brunei ganya”. Bahasa Inggeris dilabelkan sebagai bahasa lingua franca, bahasa intelektual, bahasa budaya tinggi dan bahasa elit. Palebalan begini menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa global yang terpaksa diterima sebagai satu fait accompli. Memang tidak dinafikan, kebanyakan buku-buku di dunia ini adalah ditulis dalam bahasa Inggeris. Namun, ia hanya boleh dijadikan sebagai bahasa perantara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tanpa mengabaikan bahasa Melayu. Dari apa yang dapat diperhatikan berdasarkan senaria dewasa ini, terdapat banyak ‘pembiadaban’ bahasa berlaku. Pencampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa asing dalam percakapan seharian sudah seperti menjadi ‘budaya’ percakapan. Perangai ini semakin menjadi-jadi. Keaslian dan ketulenan bahasa akan semakin pudar. Ini dapat dibuktika bahawa ramai di kalangan muda-mudi kita tidak memahami maksud istilah-istilah bahasa Melayu. Ramai yang bangang dan bertanya ‘apakan ertinya tu?”. “ambilkanku belatakmu ah”. Berdasarkan kajian tentang kecerdasan dalam subjek Fisik dan Matematik di peringkat sekolah menengah yang telah dijalankan oleh golongan yang terlibat, menyatakan negara kecinaan (Jepun, Korea dan Taiwan) adalah negara yang mendapat tempat teratas. Negara-negara eropah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda mereka hanya mendapat tangga ke-16. Siapakah yang lebih hebat?..Dengan kekuasanan yang kononnya diberikan kepada negara- negara ‘penjajah’ (neokolonial) menyebabkan para intelektual mereka disanjung tinggi tanpa melihat intelektual kelahiran timur. Jika dipertandingkan antara mereka ini, belum tentu orang timur akan kalah..

1 ulasan:

  1. Mohon mengulas sedikit atas tajuk ani ah..hehe..

    Benar seperti apa yg ditulis oleh abiskita mengenai terhakisnya kecintaan masyarakat akan bahasa kebangsaan ketani, Melayu. dan ketani lebih menyanjung bahasa Inggris dengan anggapan bahawa atulah bahasa kemajuan. natijahnya, bahasa melayu hanya menjadi bahasa kelas kedua atau ketiga dibanding dengan bahasa2 lain.

    Namun perlu jua diingat bahawa setiap bahasa atu ada batasannya. seperti bahasa Cina yg nda hada sebutan huruf "R", bahasa arab nda ada sebutan "ng", juga seperti bahasa inggris terdapat beberapa perkataan yg sama sebutannya tapi lain makna dan ejaannya. ani antara sebab kenapa sesetengah bahasa berada diatas bahasa2 lain.

    Ingat saya dulu membaca buku mengenai sejarah kedatangan Islam ke Nusantara, ada disebut kenapa bahasa melayu dipilih sebagai bahasa penulisan, penterjemahan dan pengantar ilmu2 ugama di rantau ani. antaranya bahasa melayu lebih mirip ke bahasa arab dalam beberapa perkara. sebagai contoh dalam derivatif perkataan. satu perkataan boleh diubahsuai dan ianya akan jadi satu perkataan lain. misalnya, ajar adalah asal bagi kata belajar, mengajar, pembelajaran, pengajaran dsb. seperti bahasa arab "allama, yuallimu, muallim, dsb" yg mana kemampuan ani nda ada arah bahawa Jawa yg ketika dulu antara bahasa yg dominan di rantau ani.

    juga dalam Islam, Allah SWT memilih bahasa arab sebagai bahasa Al-Quran walaupun sebelum ani wahyu2 yg turun adalah dalam bahasa Hebrew. kerana bahasa Hebrew ani mempunyai keterbatasan2 yg tertentu. antara masalahnya ialah penamaan seseorang, misalnya dalam bahasa Hebrew, Tuhan dipanggil sebagai 'bapa'. yg mana ramai urg2 yg bukan yahudi mengambilnya secara literal walaupun pada asalnya benda ani nda menjadi salah kerana ia bukan bermaksud literal. juga kerana kecantikan bahasa arab atu sendiri. di zaman urg2 arab hayal dengan syair2 dan puisi2 Allah turunkan alQuran dengan kecantikan bahasa yg nda terlawan.

    Kalau dilihat sejarah ketamadunan Islam dan bagaimana org2 Islam khususnya yg berbangsa arab, mempelopori ilmu2 sains dan teknologi. yg mana turut menarik org2 berbangsa asing seperti dari eropah untuk turut sama belajar. dan durg terpaksa belajar bahasa arab. nda pula timbul sentimen2 pekauman dan bahasa waima Islam dimasa atu adalah 'musuh' kepada durg. kerana manfaatnya lebih besar bila kita menguasai bahasa asing.

    Jadinya adalah nda wajar kalau ketani berkata bahawa ketani mempunyai satu bahasa yg paling baik dan sempurna, juga tidak boleh ketani berucap bahasa urg lainlah yg lebih bagus. Kerana setiap bhasa atu mempunyai kekurangan dan kelebihan sendiri. jadinya dalam dunia yg bergerak pantas ani, urg2 ani memilih untuk menggunakan bahasa yg dianggap sesuai dizaman ani, iaitu English. juga mungkin kerana ketani ani bagas 'jajahan' urg putih maka benda ani merasuk kedalam masyarakat.

    dan perbezaan warna kulit, kebudayaan dan bahawa ani adalah ciptaan Allah seperti yg disebut dalam surah Hujurat ayat 13 yg kira2 bermaksud:

    "Wahai sekalian manusia, telah Kami ciptakankan kamu lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu berpuak2 dan berbangsa2 agar kamu mengenali (satu dari yg lain)" (Hujurat:13)

    Wassalam..

    BalasPadam